GAZA: Jurufoto muda Palestin, Fatima Hassouna, 25, yang sebelum ini aktif mendokumentasikan penderitaan rakyat Gaza sepanjang 18 bulan serangan tentera Israel, terkorban dalam satu serangan udara yang menyasarkan rumah keluarganya di utara Gaza, hanya beberapa hari sebelum majlis perkahwinannya.
Dalam kejadian menyayat hati yang berlaku Rabu lalu, serangan tersebut turut meragut nyawa 10 ahli keluarganya yang lain, termasuk adiknya yang sedang mengandung.
Sepanjang tempoh peperangan yang berlarutan sejak 7 Oktober 2023, Fatima tidak hanya kehilangan rumah ...