Baru-baru ini, pengulas sukan profesional teruk dikecam netizen ketika mengulas perlawanan badminton antara pemain Malaysia, Lee Zii Jia dan pemain Sepanyol, Pablo Abian di Sukan Olimpik Paris 2024.
‘Jangan memencilkan diri dari rakan media’
Dalam hantaran yang dimuat naik oleh seorang individu di laman X, pengulas sukan tersebut seperti tidak berpuas hati dengan sikap Lee Zii Jia yang didakwa tidak layan mesra terhadap rakan media sebelum bertolak ke Paris, sebelum ini.