KHARTOUM: Sudan melancarkan kempen memerangi wabak kolera selama sebulan dalam usaha memberi kesedaran serta cara menanganinya dalam kalangan rakyat negara ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan Sudan, Haitham Mohamed Ibrahim selepas mesyuarat tergempar jawatankuasa kecemasan kesihatan dan kemanusiaan di Kassala, di Sudan Timur.
Menurut Haitham, kempen itu bertujuan memerangi kolera, meningkatkan respons terhadap penyakit tersebut, menyatukan usaha, memanfaatkan sumber yang ada dan memaksimumkan peranan komuniti dengan tumpuan diberi dalam usaha membersihkan alam sekitar.
“Program ini juga merangkumi pemberian vaksinasi, kawalan vektor, intervensi ...