GUA MUSANG: Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd. Rizwadi Ismail menjadi individu paling awal melepasi pagar pusat penamaan untuk menyerahkan borang pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas itu tiba pada pukul 8.45 pagi sambil ditemani pencadang Mohd. Sakri Hussin dan penyokong, Mohd. Sidek @Mohd. Saufi.
Terdahulu, Mohd. Rizwadi tiba di kawasan penyokong parti kira-kira pukul 7.20 pagi sebelum beliau solat hajat yang ...