PETALING JAYA: Pihak berkuasa agama dipersoal apabila terlepas pandang memantau pergerakan pengikut bekas kumpulan al-Arqam sehingga mengadakan pertemuan bersama tokoh-tokoh negara termasuk Perdana Menteri.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, secara logiknya Perdana Menteri tidak mungkin mengetahui secara terperinci mengenai tetamu yang berjumpa dengan pemimpin Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) jika mempunyai maklumat berhubung pergerakan entiti tersebut.
Katanya, perkara itu menjadi tugas pegawai yang berada di sekeliling pemimpin-pemimpin termasuk agensi agama yang ...