KUALA PILAH: Sebanyak 370 unit telefon bimbit pelbagai model dan sejumlah aksesori telefon dipercayai tiruan dirampas pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam satu operasi di Bahau, Jempol semalam.
Ketua Cawangan KPDN Kuala Pilah, Ahmad Khuzairi Salamat berkata, serbuan dilakukan pada kira-kira pukul 3.20 petang di sebuah premis menjual dan membaiki telefon selepas disyaki menjual telefon dan alat ganti yang tiruan.
“Berikutan itu, anggota serbuan telah menyita 370 unit telefon bimbit ...