Meskipun rumah tangga di ambang perceraian, pelakon Fattah Amin dilihat tetap mengirimkan kad dan sejambak bunga buat isterinya, Nur Fazura sempena hari lahir aktres itu hari ini.
Menerusi satu foto yang dimuat naik Fazura, suaminya itu mengirimkan bunga dan kad serta mendoakan yang terbaik buat isterinya itu.
Read More →

Pertandingan ‘Siputrace’ meriah – Utusan Malaysia
KUALA NERUS : Seorang kanak-kanak membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 apabila menjadi juara dalam pertandingan ‘Siputrace’ di tapak perniagaan Nostalgia Studio Jalan Ampas (NoSJA) di Pantai Tok Jembal, di sini, malam tadi.
Muhammad Ar Rayyan Saharuddin, 11, dari Kampung Tok Jembal, di sini, menjadi juara dalam pertandingan lumba siput itu setelah menewaskan 186 peserta yang lain.
Katanya, dia menyertai pertandingan itu hanya untuk mencuba nasib dengan mempertaruhkan empat ekor siput yang dibeli dengan harga RM2.
“Tak sangka pula ...

Ops Gegar: 17 pelayan wanita Thailand ditahan
KUALA TERENGGANU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seramai 17 wanita Thailand yang juga pelayan di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini menerusi Ops Gegar, semalam.
Timbalan Pengarah JIM Terengganu (Kawalan), Mat Amin Hassan berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial dan tiada dokumen perjalanan yang sah.
Menurut beliau, hasil aduan dan risikan JIM juga mendapati pusat hiburan berkenaan beroperasi dengan berselindung di sebalik sebuah restoran dan menggani wanita Thailand sebagai ‘pelaris’.
Katanya, ketika serbuan pada pukul 8 malam ...

Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Tengah Capai Penyertaan Hampir 2,000 Peserta
KLANG, 26 September 2024 – Malaysia Techlympics merupakan inisiatif MOSTI dalam usaha memupuk minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pertandingan yang lebih menyeronokkan, membudayakan belia dengan minda kritikal, set kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna serta berimpak tinggi.


“Sama Sekali Tidak Benar..” – Aliff Aziz Nafi Tarik Balik Kes Terhadap Sarah Yasmine, Tapi Mengikut Perintah Mahkamah
Penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz tampil menafikan dakwaan bekas kekasihnya, Sarah Yasmine yang mengatakan dia menarik balik kes mahkamah melibatkan mereka berdua.
Ujar Aliff, kes mahkamah itu sebenarnya masih belum berakhir.
Kekeliruan tentang penarikan semula kes ini oleh saya adalah sama sekali tidak benar. Ini adalah penjelasan saya ...

Anggap komen macam sembang kedai kopi – Edrie Hashim
KUALA LUMPUR : Pemuzik dan pemain gitar kumpulan rock Wings, Edrie Hashim, 51, berpendapat, warganet yang melemparkan komen berbaur negatif terhadap penyanyi legenda seperti Amy Search tergolong dalam kategori mereka yang tidak beradab.
Malah, menurut Edrie, kemungkinan komen-komen negatif yang mengutuk dan mengkritik Amy juga datangnya daripada orang-orang yang tidak ada berilmu atau memiliki IQ rendah.
“Saya perhatikan, ramai yang komen di media sosial berkenaan persembahan Amy di konsert baru-baru ini seakan menunjukkan di mana tahap IQ mereka berada. ...

Serangan ‘brutal’ Israel kini ragut lebih 700 nyawa di Lubnan

BEIRUT: Israel menolak gesaan global untuk gencatan senjata dengan Hezbollah dan meneruskan kempen pengeboman yang membunuh lebih 700 orang di Lubnan sejak Isnin. Keganasan minggu ini di Lubnan memaksa lebih 90,000 orang meninggalkan rumah mereka, dengan 70,000 bersesak di 400 sekolah dan tempat perlindungan lain. Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), merekodkan jumlah… … Read More →

Pengundi Islam AS sokong Kamala Harris

MICHIGAN: Kumpulan penyokong demokrasi Islam Amerika Syarikat (AS), Emgage Action, menyatakan sokongan terhadap calon Presiden Parti Demokrat, Kamala Harris berikutan kenyataan beliau yang mendesak gencatan senjata segera dalam konflik di Gaza. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Emgage Action, Wa’el Alzayat berkata, pihaknya enggan menyokong calon Parti Republikan, Donald Trump kerana bekas Presiden itu mengancam untuk mengembalikan… … Read More →

SIC masih cari penaja pelumba ‘wild card’
SEPANG: Bayangan sama ada Grand Prix (GP) Malaysia 2024 diserikan dengan kehadiran pelumba tempatan yang beraksi di atas tiket jemputan (wild card) masih menjadi tanda tanya.
Ini selepas Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Petronas masih belum menerima penajaan daripada syarikat korporat untuk membiayai pelumba tempatan beraksi dalam GP Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya memerlukan penajaan sekitar 40,000 hingga 60,000 euro (RM184,000- RM276,000) untuk seorang pelumba.
“Jadi, kalau kita hendak memasukkan sekurang-kurangnya dua pelumba seperti musim lalu, perbelanjaan boleh ...

Kekal mansuh UPSR dan PT3, KPM perlu lihat ruang penambahbaikan PBD
KANGAR: Kementerian Pendidikan perlu melihat ruang penambahbaikan terhadap pentaksiran bilik darjah (PBD) susulan keputusan mengekalkan pemansuhan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Muhammad Azmir Azizan berkata, beliau berpendapat penilaian yang fleksible menerusi PBD perlu dilaksanakan buat murid-murid yang akan melangkah masuk ke sekolah menengah harian, sekolah berasrama penuh (SBP) atau sekolah kluster.
Beliau berkata, KPM perlu mengenalpasti kaedah penilaian murid-murid yang terbaik bermula sejak dari darjah satu sehingga darjah enam.
“Walaupun penilaian PBD ...