KLUANG: Orang ramai mengambil peluang cuaca cerah pagi ini untuk menunaikan tanggungjawab mengundi bagi memilih wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota lebih awal.
Walaupun pusat mengundi hanya dibuka mulai pukul 8 pagi, namun ramai yang mula tiba dan berbaris seawal 7.30 pagi.
Misalnya di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, di sini orang ramai berbaris menunggu giliran masing-masing untuk memasuki pusat berkenaan.
Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota menyaksikan pertandingan ...