CYBERJAYA: Kerajaan Selangor mengarahkan semua premis GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu ditutup serta merampas segala aset syarikat tersebut.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun, jumlah keseluruhan premis akan diketahui pada Rabu depan meliputi kesemua rumah amal dan sekolah yang disyaki milik gerakan tersebut.
Beliau namun menegaskan, setakat ini semua sekolah agama yang diuruskan organisasi itu sudah diarahkan tutup dan tindakan dilakukan pihak Jabatan Agama Islam Selangor.
Bahkan tegas beliau, sekiranya masih terdapat maklumat baharu mengenai premis disyaki ...