Ruang komen di hantaran Instagram hos Jihan Muse ‘diserang’ oleh ramai netizen yang mengkritiknya gara-gara isu tular di mana dia membuat lawak dengan memerli pengacara lain.
Kata netizen, Jihan sepatutnya sudah tidak lagi membuat lawak dengan ‘modal’ memerli orang lain.
Dalam pada itu, peminat Elly Mazlein pula sempat berpesan kepada Jihan untuk tidak ‘mencari pasal’ dengan pengacara kegemaran mereka itu.