Sedia maklum, apabila kita dijemput untuk hadir ke majlis kenduri kahwin, kita perlu memakai pakaian yang sopan serta bersesuaian susulan ia merupakan majlis rasmi.
Namun begitu, baru-baru ini, di platform TikTok tular satu video luahan seorang jurugambar meluahkan kurang senang apabila mendapati ada tetamu yang memakai selipar ketika menghadirkan diri ke majlis perkahwinan teman rapat sewaktu menyunting gambar.
Menurut photographer terbabit, susulan beberapa tetamu itu memakai selipar, gambar yang ingin disimpan oleh pengantin secara tidak langsung ‘rosak’.

Guru tidak mengaku ceroboh pejabat bekas teman lelaki
TANJUNG MALIM: Seorang guru wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Slim River di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh bilik pejabat bekas teman lelaki di sebuah klinik, Mac lalu.
Tertuduh, N. Retha, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Phulrani Kaur Gurcharon Singh.
Mengikut pertuduhan, guru penolong kanan kokurikulum di sebuah sekolah rendah di Sungai Buloh itu didakwa telah melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan bilik pejabat milik P. Navaneeth, 35.
Dia didakwa melakukan perbuatan ...

TEKA SILANG KATA (SIRI 319)

Halaman ini menyediakan permainan teka silang kata dalam bahasa Melayu yang menarik dan mencabar. Teka silang kata merupakan permainan teka teki yang menggunakan huruf-huruf untuk membentuk kata, frasa atau ayat dengan menyenaraikan kata-kata silang dan menegak serta petunjuk jawapannya. Permainan ini menguji pengetahuan bahasa Melayu anda dan meningkatkan perbendaharaan kata. Jom uji minda anda sekarang. … Read More →

Kongsi Foto Bersama Di Majlis Akikah, Ibu Shila Amzah Beri Bayangan Kemelut Keluarga Sudah Selesai
Sebelum ini, kemelut keluarga penyanyi hebat, Shila Amzah menjadi perhatian ramai, susulan semua pihak meluahkan perasaan di platform media sosial.
Terbaru, ibu Shila iaitu Fauziah Sarman tampil memuat naik foto bersama anak perempuannya itu seperti memberi bayangan bahawa hubungan mereka sudah kembali pulih.
Dapat dilihat Fauziah berkongsi momen-momen sekitar ...

Rosmah Mansur ‘Claim’ Program Permata Pintar Berjaya, Anggap Iz Emir Seperti Anaknya Sendiri – “Kecerdasannya Memukau Saya”
Datin Seri Rosmah Mansur tampil mengucapkan tahniah Iz Emir, remaja berusia 12 tahun yang berjaya mencipta sejarah sebagai mahasiswa termuda di Universiti Malaya.
Difahamkan, Iz kini sedang melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di universiti tersebut.
Tulis Rosmah di satu hantaran Facebook, dia berbangga Iz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti di usia yang cukup muda.
Rasa bangga saya hari ini seolah-olah seperti dia adalah anak saya sendiri. Anak ini memukau saya dengan kecerdasannya semasa pertama kali ...

Jenazah Hassan Nasrallah ditemukan

BEIRUT: Jenazah pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah yang terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Beirut, sudah ditemukan. Menurut sumber rapat Hezbollah, jenazah Setiausaha Agung kumpulan itu ditemukan pada Sabtu dan dikafankan semalam selepas dimandikan semalam. “Pengebumian Nasrallah belum lagi diatur,” kata sumber itu. Nasrallah, yang mengetuai Hezbollah selama lebih tiga dekad, merupakan sasaran paling berpengaruh… … Read More →

Perdagangan runcit di Malaysia berkembang 6% tahun ke tahun
PETALING JAYA: Perdagangan runcit di Malaysia berkembang sebanyak enam peratus tahun ke tahun pada Julai 2024, mencapai RM63.5 bilion, dengan penggunaan runcit kumulatif mencapai RM440.8 bilion dalam tujuh bulan pertama 2024.
MIDF Research berkata, ini selepas meningkat dari RM414.8 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun 2023 manakala, RM369.9 bilion dalam tujuh bulan pertama 2022.
“Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh peningkatan yang kuat dalam sektor makanan & minuman (F&B), tembakau dan kedai tidak khusus.
Read More →

Mohamad Nurimanramdani bertarung nyawa hidap ‘Leukodystrophy’

JERANTUT: Pasangan, Mohamad Nooruldzat Nasir, 33, dan Norhanisah Haswan, 31, kini berdepan ujian cukup besar dalam kehidupan apabila anak sulung mereka yang berusia 12 tahun sedang bertarung dengan penyakit Leukodystrophy di Taman Ria di sini. Mohamad Nooruldzat berkata, anaknya, Mohamad Nurimanramdani kini hanya terlantar di atas katil dalam keadaan fizikalnya kejang sehingga tidak boleh bercakap… … Read More →

‘Mayat dua beranak terpisah 50 meter’
PADANG TERAP: “Hubungan mereka sangat rapat dan pergi ke mana-mana pun bersama. Masa kejadian itu pun Rosman pegang tangan mak dia, mereka juga dilihat berpelukan sebelum hilang dihanyutkan arus deras.”
Demikian menurut Md. Tajuddin Awang Muhammad, 47, bapa saudara kepada Allahyarhamah Salmah Mat Zain, 46, yang turut lemas bersama anaknya, Allahyarham Muhammad Rosman Rohadi, 19, di Kampung Tanjung Kanan, di sini.
Menurutnya, Salmah yang menyara hidup sebagai penoreh getah hanya tinggal berdua dengan anaknya ...

Sunway Maple Residence tarik pembeli Singapura dan Malaysia

FASA 1 Sunway Maple Residence, projek rumah teres dua tingkat hak milik kekal di Sunway City Iskandar Puteri (SCIP) menarik perhatian dengan pencapaian cemerlang apabila habis terjual dalam masa hanya dua jam selepas pelancaran baru-baru ini. Projek yang bangunkan oleh Sunway Property, kumpulan pemaju utama menarik kumpulan pembeli yang pelbagai dan majoritinya terdiri daripada rakyat… … Read More →