PETALING JAYA: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bangganya Miroslav Kuljanac sebagai jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC terhadap kejayaan anak-anak buahnya selepas menewaskan Penang FC 4-2 dalam aksi liga, semalam.
Pengendali dari Croatia itu memuji semangat juang yang dipamerkan oleh pemainnya apabila bangkit daripada ketinggalan menerusi gol penyamaan Paulo Jouse selepas gawang mereka dibolosi seawal minit ketiga oleh Adib Ra’op.
KL City FC menambah derita pelawat menerusi jaringan Jovan Motika pada minit ke-22 sebelum Haqimi Azim Rosli meledak dua gol ...