SEREMBAN: Pelajar baharu di universiti harus didedahkan dengan contoh dan nilai baik daripada pelajar senior supaya mereka boleh menghayati nilai dan objektif penubuhan sesebuah universiti itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berpandangan lagi, untuk tujuan itu, pelajar senior yang merupakan fasilitator (minggu orientasi) perlu berperanan menerapkan nilai yang baik tersebut.
Jelasnya, ia bukan hanya melahirkan pelajar yang berjaya bidang akademik tetapi juga yang mempunyai nilai akhlak dan ...