KUALA LUMPUR: Syarikat yang mengendalikan umrah perlu bertanggungjawab dalam pelaksanaan pakej bagi mengelakkan pengkhianatan berlaku kepada jemaah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, agensi berkaitan tidak boleh mengambil kesempatan ke atas kepercayaan yang diberikan pengguna untuk kepentingan sendiri.
“Jadi kita kena pegang amanah tersebut. Jangan ada terlintas niat di hati untuk mengambil wang daripada mereka yang ingin mengerjakan umrah untuk kepentingan diri.
“Ini merupakan satu perbuatan zalim yang kita tidak boleh terima. Orang hendak ...