LIPIS: Setakat ini pekerja di bawah kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) tidak mempunyai rekod pendaftaran dan caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pihaknya setakat ini belum menerima sebarang laporan berhubung perkara itu membabitkan pekerja GISBH.
Bagaimanapun katanya, kementerian di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) masih melakukan siasatan berhubung perkara tersebut.
“Kita sebenarnya dalam mesyuarat ‘post kabinet’ lalu, arahan kepada menteri supaya JTKSM menyiasat dan apa langkah-langkah perlu ...