LONDON: Nasib Erik Ten Hag menjadi tanda tanya selepas Manchester United terikat 0-0 dengan Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.
United mempunyai beberapa peluang terbaik untuk meraih jaringan dalam perlawanan berkenaan, namun mereka dihampakan dengan punyudah tumpul jentera hadapan.
Kapten United, Bruno Fernandes mempunyai peluang terbaik dalam perlawanan itu tetapi sepakan percumanya sekadar menggegarkan palang gol pada minit ke-68.
Keputusan seri itu membolehkan skuad bimbingan Unai Emery menghuni tempat kelima sebelum rehat antarabangsa dengan 14 mata selepas mengharungi ...