Blog

Majlis angkat sumpah Trump dipindah ke lokasi tertutup akibat cuaca sejuk

WASHINGTON: Majlis angkat sumpah pelantikan Presiden Amerika Syarikat (AS) baharu, Donald Trump dipindahkan ke lokasi tertutup berikutan jangkaan cuaca sejuk melampau.  Pelantikan Trump akan diadakan di dalam Bangunan Capitol AS pada Isnin, sekaligus menjadikan acara itu buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun dipindahkan ke dalam bangunan. “Terdapat gelombang dingin Arktik yang melanda negara ini. … Read More →

Saya tiada masalah dengan Amira – Fattah Amin

KUALA LUMPUR : Pelakon sensasi, Fattah Amin, tidak menolak bahawa kemunculannya bersama penyanyi, Amira Othman dengan berpakaian sedondon pada majlis pengumuman Duta Jakel 2025 hanya sekadar memenuhi tuntutan klien.

Fattah juga mengakui, dia tiada masalah untuk digandingkan dengan Amira sekiranya mampu memberi impak kepada dirinya dan klien terbabit.

“Ini adalah rezeki dan kepercayaan diberikan oleh klien, macam sebelum ini juga. Macam saya cakap sebelum ini, kita sama-sama membantu.

“Jakel ambil kami sebagai wajah mereka dan kami bantu untuk mempromosi. Bila Jakel ...

Read More →

Pengendali umrah perlu telus, jangan ambil kesempatan

KUALA LUMPUR: Syarikat yang mengendalikan umrah perlu bertanggungjawab dalam pelaksanaan pakej bagi mengelakkan pengkhianatan berlaku kepada jemaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, agensi berkaitan tidak boleh mengambil kesempatan ke atas kepercayaan yang diberikan pengguna untuk kepentingan sendiri.

“Jadi kita kena pegang amanah tersebut. Jangan ada terlintas niat di hati untuk mengambil wang daripada mereka yang ingin mengerjakan umrah untuk kepentingan diri.

“Ini merupakan satu perbuatan zalim yang kita tidak boleh terima. Orang hendak ...

Read More →

Kawasan majoriti Melayu, Islam di Ipoh tuntut tiada penjualan arak

IPOH: Terdapat desakan di beberapa kawasan dalam Ipoh yang majoriti penduduk Melayu dan Islam menuntut supaya tiada penjualan arak di kawasan mereka.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kumpulan tersebut mahu mahu larangan itu dilakukan seperti mana tindakan sama berlaku di Gugusan Manjoi iaitu penempatan yang hampir sepenuhnya adalah masyarakat Melayu dan Islam.

Jelasnya, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima sebarang permintaan daripada penduduk namun perkara itu akan dikaji terlebih dahulu dari segi kelulusan.

“Sekarang ini di kawasan-kawasan majoriti Melayu selain Manjoi ...

Read More →

Asrama haram, rumah urut digempur, 72 PATI dicekup

MUAR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 72 warga asing dalam operasi selepas menggempur sembilan kilang dan asrama haram di sini, termasuk empat buah rumah urut di Batu Pahat.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan menerusi Op Mahir dan Op Sapu itu susulan aduan awam berhubung sejumlah warga asing bekerja tanpa pas yang sah serta tidak memiliki dokumen perjalanan untuk tinggal di Malaysia.

“Seramai 374 warga asing termasuk warga tempatan diperiksa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seramai ...

Read More →

Atasi segera isu buli siber

GEORGE TOWN : Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mahu penyelesaian segera diambil bagi memastikan isu buli siber dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak diatasi.

Wan Azizah berkata, pada masa ini isu berkenaan berada pada tahap serius dan perlu ditangani segera lantaran ada mangsa yang sanggup mengambil nyawa sendiri berikutan buli siber.

Beliau yang juga Pengerusi Kasih Malaysia berkata, anak-anak masih muda sedangkan dunia digital ini luas dan penuh cabaran, justeru tapisan ke atas pencarian dan maklumat di ...

Read More →

Utusan Malaysia menang Anugerah Pena Emas OSHpOP 2024

KUALA LUMPUR: Akhbar Utusan Malaysia, mengungguli majlis Anugerah Kebangsaan Kecemerlangan Prinsip Pencegahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHPop) 2024, semalam.

Pengarang Berita Utasan Malaysia, Mohd. Shahriza Abdullah memenangi Anugerah Pena Emas pada majlis anjuran Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Perindustrian Malaysia (MiSHA) itu dengan membawa pulang plak dan sijil penghargaan.

Turut menang lapan lagi wakil media masing-masing daripada Bernama, Berita Harian, RTM, Majoriti (The Star), ASTRO Arena, Malaysia Tribune ...

Read More →
Page 112 of 1,610 «...8090100110111112113114...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X