BUTTERWORTH : Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berkaitan laporan dan penyata kewangan tempatnya bekerja sembilan tahun lalu.
Tertuduh, Tan Ee Seng, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon supaya dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen, iaitu dokumen Laporan dan Penyata Kewangan (Report and Financial Statements) bertarikh 31 Disember 2014 sebagai Laporan Audit Tahunan ...