BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu lori didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas dia mengaku bersalah memaki hamun seorang anggota polis, Ahad lalu.
Tertuduh, S. Hari Ram, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memaki anggota polis terbabit dengan menggunakan kata-kata kesat di tepi jalan bersebelahan kawasan perumahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Baru, Perai.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 4.20 petang pada 6 ...