MELAKA: Seorang buruh warga asing maut manakala dua lagi rakan sekerjanya cedera dalam kejadian runtuhan sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Jalan Bukit Senjuang, Banda Hilir di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang maut merupakan warga Bangladesh dikenali sebagai Jidan, 22, manakala dua lagi yang terselamat ialah warga Pakistan, Zubair Ahmad, 32, dan Abbas Ghulam, 49.
Menurutnya, Jidan maut dipercayai kerana mengalami kecederaan parah daripada bahagian pinggang ke bawah manakala dua ...