SIK: Seorang pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeniang maut setelah sebatang pokok tumbang menghempapnya ketika menunggang motosikal di Kampung Bandar Hilir, di sini petang tadi.
Mangsa, Mohd. Rizal Aziz, 47, yang tinggal di Kampung Tanjung Besar, Mukim Teloi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, pokok itu dipercayai menghempap mangsa yang melalui jalan tersebut untuk pulang ke rumah di Jalan Kubur Bandar Hilir ...