KUALA LUMPUR: Sebanyak empat modul dirangka dalam program rehabilitasi secara sukarela kepada ahli Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang akan dijalankan di lebih 20 pusat rehabilitasi seluruh negara.
Modul yang dirangka membabitkan pemulihan akidah, latihan dan kemahiran, kenegaraan serta pendidikan dan kaunseling.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, satu pasukan telah dibentuk bukan saja di peringkat persekutuan tetapi juga peringkat negeri untuk melaksanakan program ...