TEMERLOH: Gadis yang dilaporkan hilang ketika keluar rumah membuang sampah pada 6 Oktober lalu selamat kembali ke pangkuan keluarganya di Taman Temerloh Jaya di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, Nurul Aliya Zulkifli, 20, pulang ke rumahnya kira-kira pukul 3 pagi.
“Kehilangan Nurul Aliya menimbulkan tanda tanya kerana gadis itu hilang dalam sekelip mata daripada pandangan keluarganya.
“Nurul Aliya dilaporkan melarikan diri ke Kuala Lumpur dan kemudian balik sendiri ke pangkuan keluarganya. Kes orang hilang melibatkan ...