MACHANG: Majlis Amanah Rakyat Mara (Mara) akan memperluaskan lagi siri Jelajah Pendidikan Luar Bandar (JPLB) dalam menarik lebih ramai generasi muda menyambung pengajian selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis MARA, Datuk Seri Hassan Malek berkata, program ini perlu diuar-uarkan supaya masyarakat khususnya di kawasan pendalaman mendapat maklumat berkait peluang pengajian yang disediakan oleh kerajaan.
“Saya pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Kemboja pada 2016 hingga 2018, apa yang boleh disimpulkan program ini hanya wujud ...