KUALA LUMPUR: Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 berpangkalan di Tibnin dan Marakah di Lubnan berhak membuat serangan balas terhadap tentera Israel sekiranya kedudukan mereka terancam.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ancaman di Lubnan memang diakui semakin meningkat ketika ini.
Menurut beliau, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sudah menyediakan garis panduan termasuk soal ancaman yang dihadapi pasukan pengaman di negara itu.
“Jika berlaku serangan dari segi force protection measure yang ditetapkan, kalau untuk mempertahankan diri maka memang boleh ...