KANGAR: Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan tidak berimpak tinggi khususnya buat kesejahteraan rakyat.
Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, ini adalah susulan perkembangan di mana terdapat banyak subsidi yang dinikmati rakyat akan ditarik kembali mulai tahun hadapan.
Katanya, peruntukan kepada ahli Parlimen blok pembangkang juga masih tidak disalurkan menerusi pengumuman belanjawan tersebut.
“Ramai rakyat negeri Perlis tidak dapat merasai peruntukan ini yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat. Cuma saya mengharapkan Belanjawan 2025 ini dapat diseimbangkan dan memberi ...