SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mencatatkan kutipan zakat tertinggi dalam sejarah penubuhan sejak 1994, mencecah RM1.22 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Ini merupakan kali ketiga berturut-turut LZS melepasi paras kutipan dan agihan zakat melebihi RM1 bilion, sekali gus membolehkan agensi itu menyasarkan kutipan mencecah RM1.32 bilion pada tahun ini.
Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata, sejumlah RM1.19 bilion diagihkan kepada lebih 370,000 penerima zakat asnaf di seluruh Selangor tahun ...