Baru-baru ini, tular di platform TikTok memaparkan seorang bekas pramugari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkongsi pengalaman sepanjang menjalani latihan ketenteraan.
Kongsi pengalaman jalani latihan ketenteraan pramugari TUDM
Dapat dilihat dalam sesi podcast yang dimuat naik di akaun Zarul Umbrella Official, pramugari yang bernama Zamira menceritakan pasukannya perlu menjalani latihan di darat, paya serta laut.
Menurut Zamira, latihan di tiga kawasan berbeza itu untuk menguji daya ketahanan mereka sekiranya pesawat yang dinaiki kemalangan.
Sebulan solid saya duduk dalam hutan, tak ada makan tak ada ...