Blog

Nga Kor Ming sertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2024

PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming membuat kejutan apabila turut bersama menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Putrajaya, pagi ini.

Kor Ming yang berpakaian lengkap seragam pegawai bomba dilihat berada di atas jentera bomba bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berbadan ‘sado’.

Sebaik melintasi pentas kenamaan, Kor Ming dilihat turut melambai-lambai dan tabik hormat ke arah khemah kenamaan.

Beberapa jentera pemadam api turut ditampilkan serta kelengkapan menyelamat dan memadam api pada perarakan itu.

Penampilan Kor Ming ...

Read More →

Elaun on call: Beri PM ruang buat pengumuman

blank

blank

PETALING JAYA: Beri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ruang sewajarnya untuk membuat pengumuman berhubung isu semakan elaun on call doktor perubatan, kata Hartal Doktor Kontrak (HDK). Jurucakap HDK berkata, pihaknya tidak merancang mengadakan sebarang bentuk mogok buat masa ini selepas melihatkan kepada perkembangan positif da­ripada pihak kerajaan berhubung tuntutan dan hasrat disuarakan golongan doktor.… … Read More →

blank

“Hadapi Hidup Ini Dengan Tenang, Jadikan Dunia Ni Sebagai Syurga” – Mesej Da’i Syed Untuk Wanita Yang Dir*gol

Semalam, kecoh di setiap platform selepas pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun bersama 3 sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Susulan berita itu menjadi perhatian ramai, ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap isterinya, Hana Ismail serta anak yang baru dilahirkan kerana perlu hadapi ujian seperti ini.

Kata-kata Hana & Syed untuk mangsa

Bagaimanapun, terbaru, di platform X, video Hana dan Syed hadir di saluran podcast Caprice tular semula kerana mereka ada menyampaikan ...

Read More →
blank

Perubahan iklim jadi ancaman bumi

blank

blank

SEBANYAK enam kejadian bencana alam di seluruh dunia yang berlaku selang hari dalam minggu ini menunjukkan bumi kini berhadapan ancaman perubahan iklim yang drastik dan berlaku pada bila-bila masa. Bermula banjir di Thailand, Sudan dan Indonesia serta Bangladesh, diikuti Taufan Shanshan di Jepun hingga menjejaskan kira-kira 250,000 isi rumah yang terputus bekalan elektrik. Terbaharu, banjir… … Read More →

blank

Dataran Putrajaya mula dikerumuni rakyat seawal 1 pagi

PUTRAJAYA: Orang ramai melibatkan pelbagai kaum serta lapisan umur mula berkampung di Dataran Putrajaya, Presint 3, di sini sejak awal pagi bagi menyambut Hari Kebangsaan ke-67 hari ini.

Difahamkan, pengunjung mula tiba sejak pukul 1 pagi tadi dan mengambil tempat sesuai bagi mengikuti acara yang disediakan pada sambutan itu.

Tinjauan di Dataran Putrajaya, sekitar pukul 3 pagi juga mendapati ada pengunjung yang memasang khemah dan tidur di atas tikar serta beristirahat sementara menunggu acara bermula pukul 8 pagi.

Suasana dan kemeriahan itu ...

Read More →
blank

Kuala Lumpur selamat – PM

blank

blank

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kuala Lumpur masih selamat meskipun berlaku beberapa kes mendapan tanah sekitar bandar raya itu sejak seminggu yang lalu. Menurut Perdana Menteri, kajian teknikal di kawasan insiden tanah jerlus telah dilaksanakan ketika ini, malah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut memfokuskan kepada lokasi yang perlu diperkukuhkan. “Tanah… … Read More →

blank

Perbuatan Da’i Syed tidak boleh diterima akal – Hakim

SHAH ALAM: Suasana hiba menyelubungi Mahkamah Sesyen di sini selepas hakim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan ke atas pendakwah selebriti, Da’i Syed.

Sewaktu hukuman dibacakan Hakim Norazlin Othman, tertuduh atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 29, dilihat menangis teresak-esak di kandang tertuduh.

Lebih memilukan, isteri penceramah itu, Nurulhana Ismail, 38, yang sedang berpantang anak pertama mereka turut menangis sebaik sahaja prosi­ding selesai.

Pengacara itu kemudian dilihat cuba menenangkan suami­nya yang kelihatan sukar menerima keputusan berkenaan.

Sepanjang prosiding ...

Read More →
blank

Lelaki dipenjara kerana perangkap bekas isteri dengan ganja

blank

blank

SINGAPURA: Seorang lelaki di Singapura dihukum penjara hampir empat tahun kerana cuba memerangkap bekas isterinya dengan pokok ganja. Tan Xianglong, 37, dilaporkan cuba menjebak bekas isterinya dengan meletakkan lebih setengah kilogram tanaman ganja di antara tempat duduk belakang kereta, dengan harapan ia cukup untuk wanita itu dikenakan hukuman mati. Singapura mempunyai undang-undang dadah yang sangat… … Read More →

blank

DBKL tutup Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman

KUALA LUMPUR: Notis penutupan pasar malam di Lorong Tuanku Abdul Rahman dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penutupan pasar malam esok bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang masih hilang.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, ia bagi memastikan keselamatan peniaga, pengunjung pasar malam terjamin.

“Kerja-kerja ujian tanah oleh agensi kerajaan dan Indah Water Konsortium (IWK) di kawasan sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India,” katanya. –

Read More →
blank

Masyarakat Siam jayakan konvoi merdeka bawa mesej patriotik

TUMPAT: Seramai 2,000 masyarakat Siam dari seluruh negara berhimpun Wat Phikulthong Vararam, Kampung Terbak bagi menjayakan konvoi kereta dan bermotosikal sambil membawa mesej patriotik sempena sambutan kemerdekaan negara ke-67 esok.

Presiden Persatuan Siam Malaysia Sam Maark Suvanphet berkata, mesej itu dizahirkan melalui kibaran Jalur Gemilang.

Menurutnya, walaupun kaum monoriti namun semangat kemerdekaan tetap menebal dalam diri.

“Kami juga merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia, jadi ini merupakan salah satu manifestasi kecintaan pada negara.

“Oleh itu, nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini perlu terus dijaga ...

Read More →
Page 1,059 of 1,971 «...1,0301,0401,0501,0571,0581,0591,0601,061...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X