LONDON: Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) mengesahkan Glasgow sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 yang akan berlangsung pada 23 Julai hingga 2 Ogos 2026 sekali gus menganjurkan temasya tersebut buat kali kedua selepas 2014.
Masa depan penganjuran Sukan Komanwel 2026 diragui apabila tuan rumah asal iaitu Victoria, Australia menarik diri pada tahun lalu dengan alasan kos meningkat sebelum kerajaan Scotland memberi kebenaran kepada Glasgow untuk menganjurkannya pada bulan lalu.
Bagi edisi akan datang bakal menyaksikan hanya 10 sukan dipertandingkan berbanding 19 sewaktu ...