Blog

Dua lelaki maut motosikal bertembung

KOTA BHARU: Dua lelaki termasuk seorang warga emas maut selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung di Jalan Pendek, dekat Kampung Kota, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, Muhammad Shafiq Mat Dam, 28, dan Ismail Awang, 70-an, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas masing-masing mengalami kecederaan parah.

Saksi kejadian yang hanya dikenali sebagai Nor, 59, berkata, kejadian berlaku ketika Ismail menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli roti di sebuah kedai di kampung itu.

Menurutnya, motosikal ...

Read More →

“Kasihanilah Isteri & Anaknya” – Rakan Pendakwah Minta Henti Kecam Da’i Syed

Pendakwah Da’i Fuad Mokhtar yang juga rakan Da’i Syed rayu berhenti mengecam pendakwah selebriti itu setelah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan atas kesalaan merogol seorang wanita lima tahun lalu.

Menerusi perkongsian di laman X, Da’i Fuad berkata dia kelu lidah dan menitik air mata sebaik sahaja mendengar berita hukuman terhadap Syed pada Jumaat lalu.

BACA: Wanita Dakwa Diganggu Da’i Syed Ketika Isteri Sedang Hamil

blank Read More →

blank

Chelsea seri, Newcastle kalahkan Tottenham

LONDON: Chelsea gagal meneruskan rentak kemenangan apabila sekadar seri 1-1 dengan Crystal Palace di Stamford Bridge, sebentar tadi.

Chelsea di bawah bimbingan Enzo Maresca, hanya menang sekali dalam tiga perlawanan liga pertama di bawah kendalian pengurus baharu dari Itali itu.

Selepas tewas dalam aksi pembukaan kepada Manchester City, Chelsea bangkit dengan kemenangan 6-2 ke atas Wolves minggu lalu.

Pada aksi hari ini, Chelsea gagal mempertahankan kelebihan gol yang dijaringkan Nicolas Jackson pada minit ke-25 ...

Read More →
blank

Hang Seo nafi mohon jadi ketua jurulatih Harimau Malaya

PETALING JAYA: Bekas pengendali Vietnam, Park Hang Seo menafikan beliau telah memohon kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya.

Ejen kepada Hang Seo, Lee Dong Jung berkata, pertemuan Hang Seo bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin hanyalah berkisar kepada topik tertentu saja dan tiada kaitan untuk mengisi jawatan sebagai pengendali Harimau Malaya.

“Tidak benar sama sekali dakwaan yang mengatakan Hang Seo telah memohon jawatan untuk mengendalikan skuad kebangsaan Malaysia.

Read More →
blank

Lebih 66,000 tentera Russia terkorban

WARSAW: Lebih 66,000 anggota tentera Rusia terkorban dalam peperangan di Ukraine seperti dilaporkan oleh saluran media bebas Rusia, Mediazona dan BBC. 

Angka itu dikira sejak kes kematian dicatatkan pada Februari 2022 bersama-sama sukarelawan lain yang terlibat dalam operasi khas ketenteraan di Ukraine. 

Jumlah itu direkodkan menggunakan maklumat sumber terbuka daripada laporan rasmi dan media, serta menggunakan imej satelit tanah perkuburan Russia.  

Pada April lalu, saluran media itu mengumumkan lebih 50,000 nama rakyat Rusia yang ...

Read More →
blank

Dunia lasak Pablo Amirul – Utusan Malaysia

Sebagai salah seorang pelakon yang selalu mempamerkan aksi luar biasa, sudah tentu ada rahsia di sebalik itu.

Untuk kekalkan keterampilan dirinya sebagai seorang pelakon dan pelagak ngeri, Pablo Amirul menjadikan aktiviti lasak sebagai hobi.

Bagi Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd. Sakri, aktiviti lasak seperti berlari, mendaki dan berenang bukan lagi sekadar hobi, tetapi juga satu keperluan penting untuk mengekalkan kecergasan
fizikal yang diperlukan dalam kerjayanya sebagai aktor.

“Sebagai pelakon, untuk kekalkan stamina dan fizikal saya itu sangat ...

Read More →
blank

Halau ibu mentua dari rumah?

TERKEJUT juga Cik Bunga apabila ada yang menyampaikan pada Cik Bunga mengenai perangai adik-beradik selebriti terkenal ini. Mahu cerita panjang, perkara ini agak rumit juga. Tetapi, dengarnya, si penyanyi ini rupanya selama berkahwin dengan suami, memang tidak berhubungan baik dengan ibu mentuanya.

Tetapi tidak ramai yang tahu. Mungkin sebab dia pun tidak rajin bercerita mengenai hal rumah tangganya dengan orang ramai. Cuma, ramai tahu dia memang berkepit selalu dengan suami, makna kata, hubungannya dengan suami tidak ada sebarang masalah.

Namun, ...

Read More →
blank

Akaun Instagram Mierul Aiman digodam?

KALAU cakap pasal akaun media sosial digodam pihak tidak bertanggungjawab, tentunya golongan artis dan
selebriti adalah yang paling utama terdedah kepada perkara seperti ini.

Bukan seorang dua, tetapi sudah ramai yang terkena dan menjadi mangsa sedangkan tidak ada sebab pun untuk artis-artis terbabit perlu berdepan dengan kejadian seperti itu. Antara artis yang pernah
berdepan dengan situasi ini seperti Rozita Che Wan, Azad Jazmin, Didie Alias, Airel Zafrel, Ali Aziz, Johan As’ari, Aiman Tino, Jihan Muse dan Emma Maembong.

Pendek kata, ...

Read More →
Page 1,055 of 1,974 «...1,0301,0401,0501,0531,0541,0551,0561,057...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X