Blog

Pertembungan Harris, Trump makin sengit menjelang pilihan raya

blank

WASHINGTON: Berbaki dua minggu lagi menjelang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), menyaksikan pertembungan sengit antara calon Demokrat, Kamala Harris dan pesaingnya dari Republikan, Donald Trump untuk meraih undi di negeri-negeri penting yang akan mempengaruhi keputusan akhir. Isnin lalu, Harris melawat ketiga-tiga negeri ‘tembok biru’ – Pennsylvania, Michigan dan Wisconsin – yang secara tradisinya menyokong … Read More →

blank

Lima kenderaan rosak diserang gajah liar di Gerik

GERIK: Sekurang-kurangnya lima buah kenderaan rosak diserang sekumpulan gajah liar dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik Jeli, di sini semalam.

Kejadian sebelum Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kilometer 9 Sungai Lebey menuju ke Gerik itu bagaimana pun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Insiden itu dikatakan berlaku sekitar pukul 9 malam di mana kenderaan yang dalam perjalanan dari arah Kelantan ke Gerik berhenti di SJR berkenaan untuk memaklumkan kejadian serangan yang membabitkan puluhan gajah liar.

Sementara itu, usaha sedang ...

Read More →
blank

Pavilion, KLCC masih kuasai pasaran pusat beli-belah mewah

PETALING JAYA: Pusat membeli-belah di bawah Pavilion Real Estate Investment Trust dan KLCC Stapled Group masih menguasai pasaran mewah, walaupun pembukaan The Exchange TRX Mall mendapat sambutan hangat, menurut Kenanga Investment Bank.

Firma penyelidikan tersebut menyatakan, kajian menunjukkan kehadiran pengunjung dan jualan kebanyakan jenama di TRX Mall telah menurun sejak pembukaannya.

“Beberapa peruncit menghadapi kesukaran mencapai sasaran dan kebanyakannya mencatatkan jualan bulanan kurang daripada RM1 juta.

“Kebanyakan pelancong masih menghabiskan masa membeli-belah di Suria KLCC, yang tertarik dengan mercu tanda ikonik ...

Read More →
blank

Bantuan pembiayaan buka ruang usahawan bumiputera ceburi bidang robotik, AI

PETALING JAYA: Bantuan dan pembiayaan perniagaan kepada usahawan bumiputera dalam Belanjawan 2025 membuka ruang kepada mereka menceburi bidang baharu khususnya robotik dan kecerdasan buatan (AI).

Profesor di Fakulti Ekonomi dan Mualamat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Mustafa Mohd. Hanefah berkata, perkara itu boleh dilaksanakan menerusi kerjasama dengan universiti.

“Usahawan bumiputera boleh menggunakan dana pembiayaan yang diberikan oleh kerajaan itu untuk mempelbagaikan lagi perniagaan dan dalam masa sama bergerak seiring dengan perubahan teknologi semasa.

“Selain itu, kerajaan boleh mewujudkan kursus ...

Read More →
blank

Alif Teega kekal pengakuan tidak bersalah

SHAH ALAM: Mahkamah membenarkan dua pertuduhan dihadapi pempengaruh media sosial, Alif Teega berkaitan penyalahgunaan wang infak berjumlah RM63,605 dipindahkan di sini, bersama-sama 10 pertuduhan serupa melibatkan wang RM1.52 juta.

Dalam prosiding sebutan semula di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin, tertuduh atau nama sebenarnya Mohd. Hazalif Mohd. Hazani mengekalkan pengakuan tidak bersalah ter­hadap pertuduhan tersebut se­perti mana dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Susulan pengakuan tersebut, hakim turut membenarkan jumlah jaminan RM50,000 yang dikenakan sebelum ini dilanjutkan.

Selain itu, mahkamah membenarkan sebutan semula ...

Read More →
blank

Dua kali rekod acara 200m diperbaharui

IPOH: Rekod acara 200 meter Lelaki 18 Tahun Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2024 di Stadium Perak di sini dua kali dipecahkan petang tadi.

Kejayaan itu dilakukan oleh Muhammad Sayyid Amin Roslan dari Pulau Pinang dalam tempoh hanya dua jam.

Muhammad Sayyid Amin  pertama kali mencipta rekod baru pada saingan peringkat separuh akhir apabila mencatat kepantasan 21.42s untuk mengatasi masa lama 21.59s dicatat oleh Muhammad Haiqal Hanafi dari Negeri Sembilan pada tahun 2016 dan Muhammad Aeidel Saadon dari Melaka ...

Read More →
blank

Polis tahan pelajar IPT tipu NGO 

ALOR SETAR: Pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini yang didakwa menipu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan ketika dihubungi berkata, pelajar lelaki itu ditahan kira-kira pukul 3 petang ini di rumahnya, dekat sini. 

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Jitra pagi esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Read More →

blank

“Redza Nak Pegang Bahu Saya Pun, Dia Minta Izin”

Pelakon Hannah Delisha menyifatkan aktor Redza Rosli seorang yang pemalu dan menghormati pelakon berhijab apabila mereka pertama kali bergandingan dalam drama Di Hatiku Ada Kamu.

Memetik Kosmo, Hannah berkata setiap kali melakonkan babak yang memerlukan dia memegangnya, Redza akan meminta izin terlebih dahulu.

BACA: “Jumpa Di Syurga Nanti Sayang” – Hannah Delisha Keguguran

“Redza dia seorang yang tidak banyak cakap sama seperti saya, jadi kami agak kekok pada mulanya, tetapi selepas dua minggu sudah okey.

“Mulanya saya bimbang juga ...

Read More →
blank

Malaysia terima 18.4 juta pelancong antarabangsa

MELAKA: Kedatangan pelancong ke negara ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila menerima 18.4 juta pelancong antarabangsa dari Januari hingga September lalu, meningkat sebanyak 27 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pencapaian itu mencerminkan kejayaan strategi pelancongan yang mengutamakan pertumbuhan ekonomi mampan, sambil memastikan kesejahteraan masyarakat tempatan.

Menurutnya, bagi tempoh berkenaan, Malaysia menerima 6.5 juta pelancong Singapura  peningkatan 10.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Read More →

blank

Selangor FC benam Jeonbuk Hyundai 2-1

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) meraih kemenangan kedua dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) selepas menewaskan wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Kemenangan berkenaan membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil memimpin Kumpulan H dengan tujuh mata selepas tiga perlawanan, hasil dua kemenangan satu keputusan seri, sekali gus menjadi permulaan sempurna di pentas Asia setakat ini.

Dalam aksi berkenaan, kedua-dua pasukan menampilkan aksi terbaik pada awal permainan dengan saling melakukan asakan ke ...

Read More →
Page 1,048 of 2,184 «...1,0201,0301,0401,0461,0471,0481,0491,050...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X