KOTA BHARU: Seorang warganegara Pakistan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menawarkan rasuah sebanyak RM200 kepada seorang pegawai polis berpangkat inspektor di premisnya di Kuala Krai, Isnin lalu.
Tertuduh, Gul Siraj, 51, yang merupakan pemilik kedai alat ganti kereta membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memberi suapan sebanyak RM200 kepada pegawai polis untuk tidak menahan seorang pekerjanya ...