KEMAMAN: Beberapa buah kampung di sekitar Chukai dan Kijal, dekat sini, sekali lagi dilanda ribut dan hujan lebat kira-kira pukul 4 petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar dan Pengurusan Bencana negeri, Hanafiah Mat berkata, antara kampung yang terlibat ialah Kampung Mak Lagam, Taman Fikri dan Kampung Banggol Permai di Chukai manakala di kawasan Kijal pula melibatkan Kampung Titian Berayun.
“Di Taman Fikri, sebanyak 20 buah rumah mengalami kerosakan pada bumbung, sebatang pokok turut tumbang menghempap Balai Raya ...