PETALING JAYA: Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) mendakwa gaji terendah pekerja Maybank adalah RM2,370.00 sebulan, lebih rendah daripada RM3,100 yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli.
Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata, kenyataan CEO Maybank adalah tidak tepat, mengelirukan dan tidak mencerminkan realiti sebenar di tempat kerja.
“Ini jelas lebih rendah daripada penanda aras gaji sara hidup. Kenyataan daripada CEO itu bukan sahaja mengelirukan, malah seolah-olah cuba menutup kebenaran bahawa ramai pekerja ...