Pendakwah selebriti, PU Riz atau Haris Ismail akui terkejut dan terkilan apabila ditegur oleh pak cik yang menyelia surau sementara dia menunggu waktu solat.
Menerusi perkongsian di Instagram, PU Riz berkata dia ditegur dengan nada agak keras oleh individu berkenaan hanya kerana dia baring di surau sementara menunggu waktu solat.
BACA: PU Riz Mahu Lihat Abdullah Abbas Bergelar Hafiz Al-Quran
Read More →

62 notifikasi kes keracunan makanan di MRSM Taiping
IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menerima sebanyak 62 notifikasi kes keracunan makanan melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping pada 30 dan 31 Ogos lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A. Sivanesan berkata, JKN Perak melalui Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang dan Selama (PKD LMS) menerima 30 notifikasi kes pertama dari Klinik Kesihatan Taiping melibatkan pelajar yang tinggal di asrama.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati, kesemua pelajar tersebut mempunyai sejarah makan di Dewan ...

Atlet Olimpik Maut Selepas Beberapa Hari Bertarung Nyawa Akibat Dibakar Hidup-Hidup Oleh Teman Lelaki
Atlet Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei dilaporkan maut selepas beberapa hari bertarung nyawa akibat dibakar hidup-hidup oleh teman lelakinya pada 1 September lepas.
Menurut laporan, atlet berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan parah disebabkan perbuatan kejam lelaki bernama Dickson Ndiema itu.
Pemangku Ketua Hospital Pengajaran dan Rujukan Moi (MTRH) memaklumkan, Rebecca melecur di bahagian kulitnya sebanyak 80 peratus dan semua organnya ...

Yusof Haslam Tak Campur Urusan Peribadi Sol, Sudah Penat
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata dia tidak mahu mencampuri urusan peribadi anaknya, Syamsul Yusof yang sudah sah bercerai talak satu dengan Ira Kazar semalam.
Memetik Harian Metro, Yusof berkata dia sudah penat dan enggan memberikan kenyataan mengenai perceraian anaknya itu.
BACA: “Mengalir Air Mata Melihat Anakku Mengharungi Takdir Hidup Seorang Diri” – Datin Patimah
“Saya tidak mahu ulas mengenai Sol (panggilan Syamsul) lagi. Itu urusan dia, biar dia yang selesaikan. Maaf ye, saya sudah penat,” katanya.
Semalam, Syamsul dan ...

Bonnie cipta kejayaan berganda
PETALING JAYA: Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin mencipta kejayaan berganda apabila memecahkan rekod dunia bagi memenangi pingat emas atas 72 kilogram (kg) di Sukan Paralimpik Paris 2024 yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.
Seperti dijangka atlet berusia 25 tahun itu menepati sasaran untuk menghadiahkan sebutir lagi pingat emas buat kontinjen para negara selepas Cheah Liek Hou yang sebelum ini memenangi badminton perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal).
Bonnie merangkul pingat emas dengan penuh bergaya apabila melakukan angkatan ...

Penganggur Mengaku Bersalah Bunuh Kedua Ibu Bapa
Lelaki yang didakwa membunuh kedua ibu bapanya dalam satu kejadian tragis di kediaman mereka di Sungai Penchala hujung tahun lalu, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Tertuduh Afendi Muhammad Agus, 43, membuat pengakuan tersebut selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim K.Muniandy.

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia Pagi Jumaat
Pelakon Fikry Ibrahim memaklumkan bapanya iaitu Ahmad Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat.
Fikry berkongsikan berita sedih di Instagram miliknya serta meminta orang ramai mendoakan agar Allahyarham bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
BACA: Netizen Sebak Tengok Fikry Ibrahim Mekapkan Ibu, Bawa Pergi Bercuti
Read More →

PM Perancis mula runding bentuk kerajaan stabil
PARIS: Perdana Menteri baharu Perancis, Michel Barnier memulakan rundingan dengan semua pihak hari ini, untuk membentuk kerajaan yang mampu meraih majoriti di Parlimen selepas dua bulan negara itu berdepan kebuntuan politik.
Barnier, 73, dilantik sebagai Perdana Menteri tertua dalam sejarah moden Perancis menggantikan Gabriel Attal.
Beliau menekankan aspek pendidikan, keselamatan dan kawalan imigresen sebagai keutamaannya.
Pada masa sama, Barnier menegaskan tidak takut bercakap benar mengenai hutang kewangan negara dan berjanji akan membawa perubahan kepada Perancis.
Presiden Emmanuel Macron melantik Barnier selepas berminggu-minggu kebuntuan, ...

Dr Asyraf Wajdi Terjah ‘DM’ MRSM Taiping, Netizen Bengang Kontraktor Bongkak – “Punyalah Berlagak, Dia Tau Tak Yang Cakap Tu Pengerusi MARA?”
Tular rakaman memaparkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkomunikasi dengan kontraktor dewan makan MRSM Taiping yang telah mengabaikan kebersihan dapur.
Difahamkan, beliau turun padang untuk menyemak penyediaan makanan selepas menerima aduan daripada ibu bapa pelajar mengenai kes keracunan makanan melibatkan 31 orang pelajar MRSM Taiping pada 30 Ogos.
Beliau mendapati beberapa perkara tidak mengikut piawaian ditetapkan oleh MARA ...

Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sabah Pupuk Minat Dalam Bidang Sains, Teknologi & Inovasi
KOTA KINABALU, YB Dato’ Hj. Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semalam menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sabah bertempat di Universiti Malaysia Sabah.
Penganjuran Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sabah merupakan pelaksanaan zon kedua selepas pelaksanaan di Zon Pantai Timur pada 7 dan 8 Ogos 2024 yang lalu. Penganjuran tahun ini menyaksikan seramai hampir 800 orang ...