LONDON: Pemain sensasi, Cole Palmer menjadi hero untuk Chelsea apabila menjaringkan gol kemenangan pada awal separuh masa kedua bagi membantu menewaskan Newcastle United 2-1 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.
Pada aksi yang mendebarkan itu, gol pembukaan berjaya dihasilkan oleh penyerang muda Chelsea, Nicolas Jackson pada minit ke-18.
Tersentak dengan jaringan Jackson, Alexander Isak melepaskan rembatan dari jarak dekat pada minit ke-32 untuk menyamakan kedudukan sehingga tamat separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan Chelsea mengatur strategi baharu apabila Palmer menghasilkan penyudah ...