Baru-baru ini, satu kenyataan di TikTok mengenai ‘niat sebenar’ para isteri memuat naik hantaran di ruangan ‘Story’ telah menarik perhatian ramai.
Dikatakan, ‘niat’ para-para isteri selalu memuat naik hantaran di ‘Story’ kerana mahu menarik perhatian lelaki yang bukan suaminya.
Hal yang membuatkan orang ramai berasa terkejut apabila ada beberapa yang dipercayai merupakan golongan isteri tanpa segan silu mengakui kenyataan lelaki di TikTok itu adalah benar, malah meminta tidak membocorkan rahsia mereka.