TAPAH: Penantian seorang pesara awal tentera, Abdul Hamid Mahmud, 41, untuk menetap di rumahnya sendiri di Taman Perwira Jaya, Tapah Road di sini tercapai sejak sebulan lalu.
Katanya, dia mula memohon perumahan itu sejak 2020 sebelum pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) diluluskan.
“Lebih baik sekiranya kita ada harta sendiri. Sekiranya terjadi apa-apa pada diri ini, isteri dan dua anak ada tempat untuk berteduh dari hujan dan panas.
“Memang ada tanah di kampung tetapi berbanding yang kita usaha ...