SEREMBAN: Mahkamah Sesyen Seremban menetapkan 18 November ini untuk sebutan semula kes empat pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah yang berdepan 18 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.
Hakim, Datin Surita Budin menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan memperoleh laporan perubatan semua mangsa.
Dalam prosiding sebutan semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam hari ini, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi dan Noraziha Asmuni.
Pada 19 September lalu, media melaporkan tiga lelaki yang sebelum ini ...