ALOR SETAR: “Saya tak fikir tentang Selangor sekarang ini, yang saya fikirkan cuma keadaan mental dan fizikal pemain saya saja sama ada mereka masih ‘okey’ atau tidak untuk bermain dalam perlawanan itu esok.
Itu penegasan Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain apabila ditanya mengenai persiapan bagi pertemuan menentang Selangor FC di Stadium Darul Aman, malam esok.
Menurut jurulatih terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2022 itu, apa yang lebih menjadi keutamaannya ...