Blog

Visual terakhir Yahya Sinwar kembalikan semangat juang

PETALING JAYA: Visual terakhir Yahya Sinwar yang tular baru-baru ini dilihat menyegarkan kembali semangat juang jutaan manusia seluruh dunia kerana ia ditonton sebagai sumber inspirasi dan motivasi dalam usaha memerdekakan tanah air Palestin.

Penyelidik Aqsa Syarif, Megat Aiman Hakim Megat Shariffudin berkata, sehingga hari ini Yahya Sinwar terus menjadi sebutan ramai dalam seluruh platform media sosial walaupun beliau telah kembali kepada Sang Pencipta.

Jelasnya, rejim Zionis mengalami kerugian besar apabila mereka mendedahkan rakaman dan gambar terakhir Yahya yang ...

Read More →

Rumah di Taman Wawasan boleh didiami

SERDANG: Kawasan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 16 Disember di Jalan Wawasan 3/9, Taman Wawasan, Puchong di sini sudah boleh didiami oleh sembilan buah keluarga yang terlibat.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, semua sembilan rumah terbabit telah disiapkan sepenuhnya dan keadaan tapak kini diisytiharkan kawasan bebas bencana.

“Pegawai Daerah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) juga telah memberikan pengesahan bahawa kawasan tersebut selamat diduduki lanjutan laporan pengesahan keselamatan dari ...

Read More →
blank

Ringgit berpotensi kukuh semula, lepasi paras RM4 sedolar AS

PETALING JAYA: Ringgit yang kini dalam fasa pembetulan berpotensi untuk kembali mengukuh melepasi paras psikologi RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berdasarkan beberapa penilaian asas yang menyokong, menurut TA Securities.

Firma penyelidikan itu berkata, gabungan faktor positif seperti lebihan dagangan yang kukuh, perbezaan kadar faedah yang menarik, peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) dan harga komoditi yang tinggi boleh mendorong ringgit untuk memecahkan paras psikologi RM4.00.

“Bagaimanapun, trajektori itu juga akan bergantung kepada risiko luaran, seperti ketidaktentuan ekonomi global, dasar monetari dalam ...

Read More →
blank

Kes seksual, pornografi kanak-kanak meningkat

blank

blank

PETALING JAYA: Bilangan kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkat 26.5 peratus pada tahun lalu berbanding tahun 2022. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan tersebut mencatatkan rekod sebanyak 1,567 kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 1,239 kes. Selain itu katanya, kesalahan amang … Read More →

blank

Program latihan mampu tingkat tenaga pakara bidang semikonduktor, AI

SERDANG: Program dan latihan gabungan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) serta industri dijangka mampu melahirkan tenaga pakar dalam bidang semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI). 

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata,  perkembangan bidang itu bergerak perlahan dalam negara atas faktor kurangnya penghasilan bakat-bakat baharu. 

“Kita perlu ada lebih ramai pakar dalam bidang semikonduktor dan juga bidang AI. 

“Jadi melalui program atau latihan yang telah digabungkan di bawah STDC ...

Read More →
blank

Replika helmet Bagnaia dilancarkan di Sepang

PETALING JAYA: Sebuah syarikat aksesori permotoran melancarkan topi keledar replika juara MotoGP edisi lalu, Francesco Bagnaia, siri Suomy S1-XR GP di Litar Antarabangsa Sepang, dengan harapan beliau dapat mempertahankan gelaran dunia dan merapatkan jurang mata dengan Jorge Martin dalam Grand Prix (GP) Malaysia, hujung minggu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MKA Group, Bruce Lee, menyatakan keyakinannya terhadap Bagnaia yang berbakat dan sokongan padu dari pasukan Ducati, serta kelebihan helmet Suomy S1-XR GP yang direka untuk keselamatan dan prestasi tinggi.

“Pertama sekali, MKA ...

Read More →
blank

Amorim kini bos baharu Manchester United

LONDON: Manchester United mengumumkan pelantikan Ruben Amorim sebagai pengurus baharu pasukan, menggantikan Erik ten Hag yang dipecat, Isnin lalu.

Jurulatih dari Portugal berusia 39 tahun itu sebelum ini dikenali dengan kejayaan menjuarai dua gelaran Liga Primeira bersama Sporting Lisbon, menandatangani kontrak sehingga 2027 dan dijadualkan menyertai kelab pada 11 November ini.

“Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih pasukan lelaki utama, tertakluk kepada keperluan visa kerja.

“Beliau akan bersama pasukan sehingga Jun 2027 dengan pilihan tambahan selama setahun, ...

Read More →
blank

GP Valencia dibatalkan, lokasi baharu diumum kelak

SEPANG: Grand Prix (GP) Motosikal Valencia 2024 yang dijangka berlangsung pada 15-17 November ini dibatalkan ekoran bencana banjir yang melanda bandar tersebut sehingga meragut lebih 200 nyawa setakat ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan MotoGP, hari ini berkata, selepas mempertimbangkan semasak-masaknya dan persetujuan telah dicapai dengan pihak berkuasa di sana, GP Valencia 2024 terpaksa dibatalkan.

“Kita sebelum ini bersedia untuk menimbangkan dengan menunda kepada satu tarikh baharu, tetapi bagi menanti kerja-kerja pemulihan tiada jaminan GP Valencia dapat diadakan dalam tempoh tertentu.

“Justeru, ...

Read More →
blank

PNB, Khazanah perjelas penjualan saham FashionValet

PETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjelaskan penjualan kepentingan kecilnya dalam syarikat e-dagang FashionValet adalah bagi memastikan kelangsungan syarikat berdepan cabaran pasca Covid-19.

Menurut PNB, pada 2018, pihaknya melabur AS$5 juta (RM20 juta) dalam FashionValet (FV) melalui Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus (RCPS) untuk pegangan minoriti.

Jelasnya, ini bertujuan menyokong pertumbuhan syarikat yang ketika itu menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan pendapatan sekitar 60 peratus setiap tahun dalam tempoh tiga tahun sebelumnya.

“Keseluruhan hasil pelaburan tersebut ditujukan untuk menyokong inisiatif pertumbuhan FV ...

Read More →
blank

Perbuatan empat anggota curi barang kemas tidak berperikemanusian

PETALING JAYA : Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan tindakan empat anggota polis berpangkat konstabel dan koperal mencuri barang kemas milik wanita yang meninggal dunia pada 1 Oktober lalu adalah tidak berperikemanusiaan.

Beliau sekali gus menegaskan, arahan telah diberikan agar siasatan terperinci dilakukan tanpa kompromi.

Malah, Razarudin berkata, tindakan tegas berlandaskan undang-undang juga akan dikenakan sekiranya siasatan mendapati benar mereka melalukan perbuatan itu.

“Perbuatan ini sama sekali tidak bertanggungjawab dan perikemanusian. Jadi, tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja terlibat ...

Read More →
Page 1,011 of 2,185 «...9809901,0001,0091,0101,0111,0121,013...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X