Blog

Tertuduh sesak nafas, keputusan peniaga pukul isteri ditunda 9 Disember

JOHOR BAHRU: Keputusan akhir kes pembelaan seorang peniaga yang dituduh memukul isterinya yang sarat mengandung sehingga cedera parah pada Jun 2021 lalu, ditetapkan pada 9 Disember depan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Fatimah Zahari menetapkan tarikh itu selepas tertuduh, Rosmaini Abd. Raof, 41, gagal hadir ke mahkamah kerana dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas dan pengsan selepas menjalani latihan bola sepak.

Peguam tertuduh, Mohd. Salleh Togimin berkata, pihaknya dimaklumkan tentang perkara itu oleh isteri tertuduh, petang semalam.

Read More →

ADUN Bukit Chandan menang Ketua Bahagian Bersatu Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Kangsar menerima ketua baharu apabila Dr Hashim Bujang dipilih sebagai Ketua Bahagian dalam pemilihan parti itu semalam.

Dr Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan itu menang selepas memperoleh 114 undi menewaskan Mohd. Radzuan Abdul Karim yang mendapat 48 undi.

Jawatan itu sebelum ini disandang oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid sebelum beliau dipecat susulan pendiriannya menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Iskandar Dzulkarnain, ...

Read More →
blank

Anwar ke China hadiri Ekspo Import Antarabangsa China

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke China bermula esok hingga 7 November ini.

Lawatan itu atas jemputan Premier China,  Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Ke-7 di Shanghai.

Menurut Kementerian Luar, Malaysia pada tahun ini diberi penghormatan sebagai Country of Honour di CIIE Ke-7.

“Semasa di Shanghai, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dua hala bersama Li Qiang bagi berbincang hubungan dua hala susulan ...

Read More →
blank

Pemuda Pas pertahan ambil maklumat di media sosial, WhatsApp

KOTA BHARU: Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden mengakui, tindakan pembangkang mengambil maklumat daripada media sosial dan aplikasi WhatsApp disebabkan pembangkang tidak mempunyai akses maklumat rasmi kerajaan.

Beliau yang mempertahankan tindakan itu berkata, semua perkara yang dibawa adalah perasaan, suara dan luahan rakyat yang disampaikan melalui platform berkenaan untuk dibawa oleh wakil rakyat ke Parlimen.

“Itu fungsi pembangkang dalam semak dan imbang. Kita bawa suara rakyat yang timbul atas pelbagai faktor termasuk emosi, berfakta ...

Read More →
blank

Bahasa kebangsaan tanpa syarat – Utusan Malaysia

Kita lahir di sini, tanah Semenanjung Emas. Segenap penduduknya menuturkan bahasa Melayu, bahasa rumpun Melayu-Polinesia yang sebarannya menjangkau dari Pulau Easter ke Madagaskar dan dari Taiwan ke utara New Zealand. Bahasa itu menjadi bahasa perdagangan seluruh alam Melayu seawal abad ke 16, bahasa rasmi pentadbiran, bahasa pengungkapan ilmu dan kearifan tempatan, dan menjadi bahasa yang merakamkan sejarah tamadunnya seawal 682 Masihi.

Semenanjung Emas terus megah berdiri menjadi Semenanjung Tanah Melayu, dijajah dan merdeka serta bersatu menjadi Malaysia. Sepanjang jalan sejarahnya, ...

Read More →
blank

Hasrat dengan P. Ramlee yang tak kesampaian

“Saudara ini orang Indonesiakah? Bukan apa, bunyi percakapan kedengaran seperti orang seberang sana.”

Demikian jenaka pengarah, pelakon dan penerbit disegani, Othman Hafsham saat beliau menyambut panggilan telefon saya baru-baru ini.

Tidak hairanlah kenapa anak jati Kuala Lumpur ini dikatakan pengarah drama dan filem komedi hebat. Semula jadi, beliau orangnya humor dan suka berjenaka.

Dan mungkin disebabkan itu juga, filem dan drama terbitan dan arahan beliau, lebih-lebih lagi bergenre komedi, ‘menjadi’, berjaya dan mencipta fenomena.

Sebagai orang tempatan yang mengikuti filem Melayu, kita membesar ...

Read More →
blank

251 usahawan Kelantan manfaat aplikasi Craft On The Go promosi produk kraf

TUMPAT: Seramai 251 usahawan kraf di negeri ini memanfaatkan aplikasi Craft On The Go (COTG) bagi mempromosi produk ke­luaran mereka ke seluruh negara.

Penolong Pengarah Krafta­ngan Malaysia Cawangan Kelantan, Mohd Hafiz Abdul Halim berkata, mereka merupakan usahawan tekstil, hasil rimba, logam, hasil tanah dan aneka kraf.

“Dengan aplikasi COTG, pe­minat boleh mendapat maklumat di hujung jari kerana kandungan yang boleh didapati di dalam aplikasi itu seperti profail usahawan kraf, maklumat produk, platform media sosial usahawan kraf dan lokasi pusat jualan.

“Pada masa ...

Read More →
blank

“Saya Telah Arahkan Khazanah Nasional Berhad Lakukan Audit Dalaman Bagi Siasat Kerugian RM43.9 Juta” – PMX

Melalui laporan Sinar Harian, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan sebanyak RM43.9 juta dalam FashionValet.

Arahan tegas ini adalah sebagai memaknai pengumuman saya sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik.

Sebagai Pengerusi Khazanah, PM turut mahukan kes ini disiasat dengan adil tanpa mengira pangkat dan jawatan ataupun ...

Read More →
blank

Tidak putus asa akhirnya bergelar Pegawai Imigresen

PORT DICKSON: Walaupun pernah gagal dalam percubaan pertamanya untuk bergelar Pegawai Imigresen tujuh tahun lalu, ia tidak mematahkan semangat anak muda dari Papar, Sabah iaitu Mohd. Nazmi Nor Sham, 25, untuk mencapai cita-citanya itu.

Hasilnya, anak kedua daripada tiga adik beradik itu kini bergelar Pegawai Imigresen ma­lah lebih manis muncul sebagai penerima Anugerah Keseluruhan Terbaik pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 1 Tahun 2024 di Akademi Imigresen Malaysia.

“Bapa saya seorang anggota polis, bapa ...

Read More →
Page 1,007 of 2,186 «...9809901,0001,0051,0061,0071,0081,009...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X