Baru-baru ini, seorang pempengaruh asal dari Indonesia iaitu Arie Rieyanthie mendedahkan bahawa suami yang selama ini dicintai berlaku curang terhadapnya ketika dia sedang menunaikan ibadah umrah.
Melalui hantaran di Instagram, Arie meluahkan rasa kecewa kerana rumah tangga yang dibin selama berbelas tahun akhirnya bakal berakhir atas kelakuan suami tidak boleh diterima.
Katanya, suami tergamak membawa masuk wanita yang dikenali sebagai Maela Asila dan melakukan hubungan intim di dalam rumah mereka ketika pempengaruh tersebut berangkat ke umrah ...