Blog

Lelaki mati ditetak, isteri antara empat suspek ditahan

LAHAD DATU: Seorang lelaki yang dipercayai mati dibunuh ditemukan dengan kesan tetakan di bahagian dagu, belakang kepala dan dahi sebelah kiri di di Batu 3, Jalan POIC, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.34 tengah hari pada Khamis lalu, mayat mangsa yang berusia 51 tahun ditemukan oleh ahli keluarganya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superitendan Jimmy Panyau berkata, pihaknya menerima laporan daripada isteri mangsa yang memaklumkan suaminya dipercayai mati dibunuh.

Bertindak atas laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat ...

Read More →

Polis tumpu kawasan risiko banjir, tanah runtuh

KUALA LANGAT: Polis mengenal pasti kawasan tumpuan yang berisiko berlaku banjir dan tanah runtuh  sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok sehingga Mac tahun depan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis bersiap sedia termasuk dari segi aset dan kekuatan sumber manusia untuk membantu mendepani sebarang kemungkinan yang berlaku di seluruh negeri.

“Polis sudah pun memulakan persiapan, dua minggu lepas kita ada mesyuarat dengan agensi-agensi lain dan kita sudah pun bersiap sedia menangani MTL di peringkat ...

Read More →
blank

“Saya Langsung Tak Berkudis” – Azwan Ali Tak Kisah Dikecam Gara-Gara Berpakaian Wanita Di ‘Private Party’

Azwan Haji Ali atau lebih mesra disapa sebagai Diva AA tampil memberi respon setelah dia dikecam menyanyi dan berpakaian seperti seorang wanita di suatu acara.

Ujar Azwan, itu adalah penampilan pertamanya dan turut mendapat bayaran yang lumayan.

Saya langsung tak berkudis, tak rasa apa pun sebab pertamanya ianya adalah private show.

Saya telah dibayar kepok-kepok hanya untuk muncul sebagai Cita Citata dan ia adalah pengalaman pertama saya ...

Read More →
blank

Zul Ariffin enggan dikenali sebagai pelakon komedi – ‘Saya berlakon saja’

KUALA LUMPUR: Sejak ligat mempamerkan sisi komedi demi mempromosikan filem terbaharunya, Don Dukun, pelakon Zul Ariffin mengakui ada beberapa pihak sudah mula mengintainya untuk terlibat dalam program lawak.

Namun, pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin, 38, itu enggan terlalu komited terhadap satu genre memandangkan dirinya suka mencabar dirinya untuk melakukan pelbagai genre demi mengukuhkan lagi portfolio.

“Ada beberapa orang yang tawarkan saya buat program lawak tapi saya tolak. Saya terbuka untuk berlakon mana-mana genre.

“Semua saya boleh buat. Saya tak nak tumpu pada ...

Read More →
blank

Australia kurangkan RM70 bilion hutang pelajar

blank

blank

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengumumkan kerajaannya merancang untuk mengurangkan pinjaman pelajaran melibatkan kira-kira tiga juta warga Australia yang akan menghapuskan sekitar A$16 bilion (RM70.05 bilion) hutang. Langkah itu berdasarkan bajet Mei lalu yang memfokuskan tekanan kos sara hidup di Australia dan memberikan pelepasan hutang untuk pelajar. Bajet tersebut turut menyediakan lebih banyak pelaburan … Read More →

blank

“Tiada Skandal Atau Penipuan, They Should Have A Life Daripada Cuba Burukkan Syarikat” – Ahli Lembaga Pengarah FashionValet Bersuara

Sedia maklum, sejak beberapa hari yang lalu isu mengenai kerugian pelaburan Khazanah dan PNB sebanyak RM43.9 juta dalam syarikat FashionValet telah menjadi perhatian ramai.

Ahli Lembaga Pengarah FashionValet bersuara

Susulan topik tersebut sedang hangat diperkata ramai, Ahli Lembaga Pengarah FashionValet iaitu Aireen Omar tampil memberi penjelasan sewaktu dijemput menjadi tetamu dalam podcast Asyraf Khalid.

Tegas Aireen, isu ini sama sekali tidak berkait dengan skandal, penipuan ataupun memindahkan wang dengan cara yang salah.