LAS VEGAS: Pelumba Red Bull, Max Verstappen merangkul kejuaraan dunia Formula Satu (F1) keempatnya ketika George Russel mengetuai Mercedes dalam penamat satu dua di Grand Prix (GP) Las Vegas, semalam.
Pemandu Belanda itu dinobatkan sebagai juara dunia untuk kali keempat berturut-turut selepas menduduki tempat kelima di hadapan pencabar terdekat, Lando Norris.
Pemandu Mclaren itu perlu mengatasi Verstappen dengan jurang tiga mata di hadapan untuk mengekalkan harapan tipi kejuaraannya.
Russell sebagai juara mendahului rakan sepasukannya Hamilton, yang memacu perlumbaan hebat untuk naik dari ...