ALOR SETAR: Teka-teki Nafuzi Zain akan meninggalkan Kedah Darul Aman FC akhirnya terjawab apabila beliau sah meletak jawatan selaku ketua jurulatih pasukan itu berkuatkuasa hari ini.
Pengumuman mengenai perkara itu dilakukan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin dalam satu kenyataan rasmi malam ini.
Shahrul berkata, pihak pengurusan telah menerima permohonan perletakkan jawatan daripada Nafuzi pada hari ini.
“Permohonan ini telah diperhalusi dengan sedalamnya oleh pihak pemilik, ahli lembaga pengarah dan pengurusan ...