Pelakon dan penyanyi Nur Fazura berkata ujian yang dilaluinya menyedarkan dirinya tentang siapa yang benar-benar ikhlas berkawan dengannya.
Menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini, Fazura berkata ada individy yang dianggap rapat tidak bertanya khabar selepas dia melalui fasa perceraian.
“Ujian ini membuka mata saya tentang siapa kawan dan lawan. Siapa yang tak suka dan sebagainya.
“Orang yang selama ini baik dan rapat dengan saya tidak pernah bertanya khabar tetapi mereka yang jarang berkomunikasi sebelum ini adalah individu pertama bertanya khabar serta beri ...