PETALING JAYA: TGV Cinemas telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama Coway BEREX untuk memperkenalkan pawagam dengan katil yang dilengkapi dengan tilam pintar.
Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas,Tan Lay Han berkata, pawagam katil INDULGE Coway BEREX yang baru dilancarkan itu menggabungkan kemewahan, keselesaan, dan teknologi canggih untuk memberikan pengalaman baharu dalam menonton wayang.
Katanya, kombinasi keselesaan yang boleh disesuaikan dan teknologi berfokuskan kesihatan ini membawakan tahap inovasi dan kemewahan baharu kepada pengalaman sinematik.
“Dengan tumpuan kepada keselesaan tetamu, pawagam katil ini dipertingkatkan dengan ...