KOTA BHARU: Jenazah tiga beranak yang maut kemalangan semasa dalam perjalanan pulang dari majlis konvokesyen di Kilometer 53, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bahru berhampiran Kampung Sungai Lerek, Setiu, Terengganu pagi tadi selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad, sebentar tadi.
Ketiga-tiga jenazah itu Kamarudin Ibrahim, 55, (bapa) Maimunah Mat Isa, 54, (ibu) dan Nur Ardieana, 30, (anak) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maras, Langgar, kira-kira pukul 9 malam.
Terdahulu, solat jenazah ketiga-tiga beranak itu dilakukan di Masjid Telipot selepas solat ...